Saturday, December 3, 2011

Keusahawanan Pelancongan: Potensi Dan Isu-Isu Semasa


Penyunting: Che Ani Mad, Mohomad Amin Md Idris,
Mohd Rushdi Idrus & Muhd. Iskandar Zulkarnain Muhd Suhaimi
ISBN 983-2870-71-2
RM22.40


Keusahawanan Pelancongan: Potensi dan Isu-Isu Semasa merupakan koleksi rencana yang memuatkan  perbincangan berdasarkan sebahagian daripada hasil kajian yang terpilih.  Buku ini memberi tumpuan kepada isu semasa yang menjadi rintangan dan cabaran dalam bidang keusahawanan pada era liberalisasi dan globalisasi.
Isu dan topik kajian diberi perhatian menyeluruh bagi melengkapkan pengetahuan para pembaca, khususnya para usahawan berfikir sambil menyediakan asas yang kukuh kepada keperluan untuk berjaya dalam bidang keusahawanan pelancongan.  Ia sangat sesuai dibaca dan dikaji oleh para pelajar, usahawan, ahli akademik, penggubal polisi dan pembaca umum.
Susunan bab di dalam buku ini telah diatur dengan teliti bagi memudahkan para pembaca.  Para usahawan diharapkan mampu untuk membina kefahaman yang mendalam dan berkesan melalui perkaitan antara artikel.  Selain itu, terdapat ciri-ciri motivasi yang cuba disalurkan melalui artikel yang dimuatkan agar meninggalkan kesan kepada para pembaca.