Saturday, December 3, 2011

Keusahawanan Islam 2010

ISBN 978-967-5415-11-1
126 muka surat
 
Buku Keusahawanan Islam ini menjelaskan pengertian konsep, kedudukan dan ciri-ciri keusahawanan berasaskan pegangan Islam. Menurut ajaran Islam, setiap bidang komponen keperluan manusia termasuk aspek keusahawanan terikat dengan konsep pandang semesta tauhid. Elemen tauhid akan mencerminkan satu keunikan tentang keistimewaan sistem keusahawanan Islam yang diwarnai dengan nilai-nilai mahmudah bersendikan kerangka ajaran Islam. Nilai-nilai kolektif keusahawanan yang disaduri dengan nilai-nilai mahmudah akan menonjolkan ciri-ciri yang positif seperti keadilan, kesaksamaan, kebaikan dan memelihara kepentingan umum. Semua ciri ini adalah kriteria kepada model pembangunan usahawan berjaya. Selain itu, konsep keusahawanan dalam Islam yang digarap dengan konsep `ubudiyyah' dan konsep khalifatulard juga akan melahirkan individu usahawan yang bukan sahaja berjaya dalam keperluan duniawi, malah termasuk dalam golongan yang berjaya pada hari akhirat kelak. Inilah kejayaan (al-falah) yang dislogankan dalam Islam, ia bersifat bersepadu dalam memenuhi fitrah kemanusiaan.

Buku ini juga dapat memberi gambaran asas kepada pembaca untuk mengetahui konsep asas keusahawanan Islam dengan lebih jelas lagi dan mengangkat martabat disiplin keusahawanan Islam sama seperti disiplin keilmuan yang lain.